Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAWanita Tipu Isteri Along Cham Ada 5 Rekod Jenayah

Wanita Tipu Isteri Along Cham Ada 5 Rekod Jenayah

SHAH ALAM – Seorang wanita yang ditahan berhubung dengan kes penipuan RM95,180 melibatkan isteri pelakon dan pelawak Along Cham didapati mempunyai lima kes penipuan di empat negeri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu terbongkar menerusi siasatan pihaknya dengan suspek wanita terlibat dalam penipuan di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

Malah, katanya, wanita itu dikehendaki berkait laporan di Tanjung Aru, Sabah.

“Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya selama tiga hari dengan kedua-duanya berusia 20an. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Hussein menambah, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan sama ada wujud penglibatan pihak berkuasa berhubung dakwaan mereka dapat menurunkan atau mengurangkan tuduhan terhadap Along Cham.

“Bagaimana boleh meyakinkan mangsa kononnya menguruskan dengan pihak berkuasa untuk mengurangkan tuduhan masih dalam siasatan.

“Kita sedang kesan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain dalam siasatan lagi. Adakah benda ini betul atau satu tuduhan pihak berkuasa,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES