Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAWanita Tercekik Berus Gigi Gara-Gara Mahu Keluarkan Cebisan Makanan

Wanita Tercekik Berus Gigi Gara-Gara Mahu Keluarkan Cebisan Makanan

GALDAKAO : Seorang wanita berusia 21 tahun nyaris maut selepas tercekik berus gigi selepas menggunakannya untuk mengeluarkan secebis makanan tersekat dalam kerongkongnya.

Heizea dari Galdakao, Sepanyol berkata, pada 29 November lalu dia memakan hidangan ayam belanda sehingga menyebabkannya tercekik.

Sebagai kaedah terdesak mengeluarkan makanan itu, Heizea mengambil berus giginya dan cuba menarik keluar cebisan itu.

Namun, cubaan mengeluar makanan itu gagal apabila berus gigi terlepas dari genggaman tangannya lalu termasuk dalam kerongkong.

Menurut New York Post, Heiza menjelaskan, dia perlu mengeluarkan cebisan makanan itu dengan kadar segera kerana tiada sesiapa berada disekelilingnya.

“Ayah saya tidak dapat membantu kerana dia berkerusi roda, jadi saya terpaksa bertindak sendiri menggunakan berus gigi.

“Oleh kerana keadaan semakin teruk, saya mengambil benda pertama untuk dipegang iaitu berus gigi untuk cuba mengeluarkan cebisan makanan itu,” katanya.

Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital dan semasa dalam perjalanan ke sana, dia tidak berasa sakit.

“Mereka (kakitangan hospital) bergegas mengeluarkan peranti pergigian dalam prosedur dilakukan selama 40 minit dalam keadaan saya separuh sedar.

“Mereka menggunakan benang pembedahan dengan melilit di kepala berus dan berjaya menariknya keluar.

“Apabila saya terjaga, berus gigi itu diletakkan atas meja sisi katil dan mujurlah dapat bernafas seperti sedia kala,” tambahnya.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KWSP Distruktur Kepada Tiga Akaun Mulai 11 Mei

0
Kuala Lumpur: Mulai 11 Mei ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat Penstrukturan Semula Akaun bagi pencarum berusia 55 tahun ke bawah kepada...

CATEGORIES