Thursday, April 25, 2024
HomeVIRALWanita Santai Pasangkan Pelamin Majlis Perkahwinan Suami, Madu

Wanita Santai Pasangkan Pelamin Majlis Perkahwinan Suami, Madu

Kulim: “Saya buang rasa sakit dan cemburu. Saya berlapang dada menerima keputusan suami serta madu yang kini dianggap seperti ahli keluarga sendiri kerana saya fikir kita semua ada kekurangan dan kelebihan,” kata Syazwani Ali.

Syazwani, 34, berkongsi videonya memasang pelamin majlis persandingan suami, Amerul Azizon, 43, dan madu, Nurul Nadzirah Syamsudin, 23, Sabtu lalu yang meraih perhatian netizen di TikTok yang memuji sikap positif wanita itu.

Suami Syazwani, Amerul dan Nurul Nadzirah bernikah pada Ogos tahun lalu dan Syazwani memberikan kebenaran dan memasang pelamin sebagai kenangan perkahwinan kedua buat suami sebelum berkongsi video itu di akaun TikToknya.

Berkongsi kisahnya, Syazwani berkata, pada mulanya dia juga seperti wanita lain yang enggan dimadu, namun mengakui menerima takdir itu dengan reda selepas melihat suami tidak pernah membezakannya dan isteri kedua.

Menurutnya, perasaan marah itu kemudian beransur hilang dan dia mengakui mula menyayangi isteri kedua suami yang kini sudah dianggap seperti adik dan ahli keluarga sendiri, malah mereka juga sering menghabiskan masa bersama.

“Selepas mereka berkahwin saya cuba lapangkan dada untuk terima semua itu kerana saya fikir mungkin perkahwinan itu akan melengkapkan kekurangan saya lagipun suami bukan milik saya seorang dan dia juga adalah pinjaman Allah SWT saja.

“Hubungan saya dan madu semakin baik sejak November lalu, malah madu juga menghormati saya sebagai isteri pertama dan saya pula tidak mahu bergaduh kerana semua itu akan beri kesan kepada kehidupan, rezeki dan suami yang pastinya akan pening kepala,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, dia dan suami berkahwin sejak 12 tahun lalu namun mereka tidak dikurniakan zuriat yang menjadi antara alasan untuknya berlapang dada dengan perkahwinan kedua dan mengakui layanan suami kepadanya masih sama seperti dulu.

“Kalau keluarga suami buat kenduri, kami boleh pergi bersama tiada masalah, kadang-kadang madu juga bawa saya pulang ke kampung dan keluarganya melayan saya seperti anak sendiri, malah keluarga saya juga boleh terima madu.

“Kami juga bersama membantu suami di kedai tayarnya dan saya juga buat perkhidmatan pelamin secara sambilan serta kadang-kadang madu juga akan bantu,” katanya yang tinggal di Taman Selasih, di sini.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Syazwani berkata, ia bukan untuk meraih perhatian sebaliknya untuk menyimpan kenangan selain untuk berkongsi sesuatu yang positif supaya orang lain yang melalui perkara sama juga berlapang dada.

“Mungkin cerita kita tidak sama tetapi dengan perkongsian itu pasti ia memberi sedikit maklumat daripada sudut positif untuk orang lain kerana saya juga selalu melihat konten poligami di TikTok yang menunjukkan kemanisan hidup bermadu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES