Wanita Panik Tertekan Minyak, Langgar Tiga Buah Kereta

0
81
Foto: Kosmo

KLANG – Gara-gara cemas membuatkan seorang pemandu kereta melanggar tiga buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Padang di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tersebut turut tular menerusi sebuah video berdurasi 19 saat di laman TikTok.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati kejadian bermula apabila kereta dipandu seorang wanita berusia 28 tahun telah tertekan padel minyak ketika keluar dari kotak parkir sebelum terlanggar kenderaan di hadapannya.

“Wanita tersebut yang cemas dan terkejut lalu menukar gear dengan mengundur laju kemudian melanggar dua buah kereta lain yang diletakkan bahagian belakang di tepi jalan tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas beliau, kesemua pihak telah tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here