Friday, February 7, 2025
HomeLUAR NEGARAWanita Muntah Lepas Diberi Gambar Mayat Anak Yang Kurus Kering

Wanita Muntah Lepas Diberi Gambar Mayat Anak Yang Kurus Kering

LANSING: Seorang kerani firma guaman di Michigan muntah di mahkamah selepas dia ditunjukkan gambar mengerikan yang mendakwa dia membiarkan anak lelakinya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kebuluran hingga mati.

Lapor Daily Mail, Shanda Vander Ark, 44, dibicarakan atas tuduhan membunuh dan menyeksa Timothy Ferguson, 15, yang meninggal dunia di rumah mereka pada 6 Julai 2022.

Ketika ditemukan, remaja itu dalam keadaan kurus kering dan berat badannya hanya mencecah 31.2 kilogram (kg).

Laporan bedah siasat menunjukkan Timothy meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan hipotermia.

Pendakwa raya Matt Roberts menunjukkan beberapa gambar memaparkan mayat remaja itu kepada Shanda di mahkamah yang menyebabkan suspek mula muntah.

Dilaporkan, Timothy menghidap penyakit autisme dengan mempunyai gangguan pada pertuturan.

Shanda didakwa menyeksa Timothy dengan hanya memberi makanan roti yang disalut sos pedas, menghalangnya daripada tidur dan memaksanya kerap mandi ais sebagai hukuman.

Shanda tidak hadir ke perbicaraan pada Jumaat lalu disebabkan masalah kesihatan.

Namun, juri mendapati Shanda bersalah atas tuduhan pembunuhan tahap pertama dan penderaan kanak-kanak tahap pertama semasa ketiadaannya.

Dia akan dijatuhkan hukuman pada 29 Januari depan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Sumber: Utusan Malaysia

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Permohonan UPUOnline Sesi 2025/2026 Dibuka Isnin Depan

0
PETALING JAYA – Permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2025/2026 melalui platform UPUOnline akan dibuka bermula 10 Februari hingga 14 Mac 2025 bagi Fasa Pertama. Kementerian...

CATEGORIES