Wanita Maut, Teman Lelaki Cedera Dilanggar Lari Oleh Pikap Malam Tadi

1
111
Foto: Kosmo

tPADAWAN – Seorang wanita meninggal dunia selepas motosikal dinaiki bersama teman lelaki dilanggar lari oleh sebuah pikap di Jambatan Batu Kawa, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 12.43 malam tadi, mangsa dalam perjalanan balik ke Kampung Sejijak Matang.

Menjelas lanjut, beliau berkata semasa bergerak lurus di lorong sebelah kiri Jambatan Batu Kawa, motosikal yang dinaiki mangsa telah dilanggar dari belakang oleh sebuah pikap yang nombor pendaftarannya tidak pasti menyebabkan mereka tercampak di atas jalan raya.

“Selepas itu, pemandu pikap terbabit melarikan diri dari tempat kejadian bersama kenderaannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Zainal berkata wanita berusia 23 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala, teman lelaki mangsa yang berusia 22 tahun mengalami kecederaan di muka dan tangan.

Katanya semasa kejadian, cuaca dalam keadaan baik dengan kawasan jalan raya adalah lurus dan berlampu.

Sehubungan itu, Abang Zainal berkata pihaknya sedang mengesan pemandu pikap terbabit melalui semakan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian. 

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here