Wanita Kecewa Ibu Mentua Dituduh Curi Iphone Ketika Solat Di Masjid

0
72
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila ibu mentuanya dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah masjid.

Melalui perkongsian wanita itu di laman X, kejadian itu berlaku sebaik sahaja ibu mentuanya selesai solat subuh berjemaah di sebuah masjid di Bangi, Selangor semalam.

“Kesian mak mentua kena tuduh curi iPhone orang dekat masjid pagi tadi. Malu dia. Tahu kakak itu pregnant (mengandung), tapi cara cakap janganlah melulu, orang tua kot,” tulis wanita itu.

Katanya dia berasa kecewa apabila ibu mentuanya dituduh secara melulu sedangkan dia boleh meminta untuk melihat televisyen litar tertutup (CCTV).

“Benda boleh check (periksa) CCTV, sekali iPhone nya dalam bag siak. Isteri siak tolong pegangkan. Drama tv3 betul,” katanya.

Katanya, sebaik sahaja mendapati telefon bimbit tidak dicuri, wanita terbabit hanya meminta maaf begitu sahaja dan pergi meninggalkan masjid berkenaan.

“Dia pergi masjid sebab 10 malam terakhir. Pagi tadi kebetulan suami saya baru ada masa dan boleh bawa. Dia dah lah tak sihat, tapi nak juga jemaah subuh. Lepas itu jadi begini, patah teruk hati dia,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita tersebut dan menggesa pihak berkenaan tampil dan memohon maaf.

“Saman kakak tu, kesian orang tua tu,tak pasal-pasal kena tuduh. Kalau jadi dekat saya, memang tak akan masuk masjid lagi. Trauma,” kata Dafinah.

“Suka hati saja tuduh orang. Kesian ibu mentua awak. Dah salah tu, bagilah duit ke, belanja makan berbuka ke,” kata Khals.

“Barannya baca. Saman jelah. Biadab main tuduh-tuduh,” kata Newar. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here