Tuesday, September 17, 2024
HomeVIRALWanita Ditampar Gara-Gara Cara Kopek 'Screen Protector' Tidak Memuaskan Hati

Wanita Ditampar Gara-Gara Cara Kopek ‘Screen Protector’ Tidak Memuaskan Hati

MUAR – Tular sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pergaduhan antara seorang lelaki dengan seorang pekerja wanita di dalam sebuah kedai eksesori telefon sejak semalam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kedai telefon di Pagoh di sini kira-kira pukul 1.38 tengah hari, semalam.

Dalam rakaman video berdurasi satu minit 41 saat itu menunjukkan pertengkaran seorang lelaki dengan seorang wanita yang merupakan pekerja kedai terbabit.

Menerusi perbualan suara antara kedua-dua individu terbabit difahamkan lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan cara pekerja terbabit untuk membuka pelindung skrin telefon (screen protector).

Pekerja wanita pula menegur pelanggan tersebut dengan mengatakan cara membuka pelindung skrin dengan cara salah.

Berang dengan tindakan itu, lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat sebelum berlaku pertikaman lidah antara mereka dan lelaki terbabit menampar pekerja wanita berkenaan.

Wanita berkenaan kemudiaannya bertindak melawan balik dengan melemparkan barangan yang ada di atas rak kaca ke arah lelaki tersebut sebelum pelanggan itu beredar.

Rakaman video itu telah dilihat lebih 100,000 pengguna lama sosial dan mendapat 2,000 tanda suka.

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut yang naik tangan terhadap wanita.

Malah pengguna laman sosial meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap perbuatan lelaki terbabit.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kembalikan Semula UPSR, Ukur Keupayaan Sebenar Murid – Asyraf Wajdi

0
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan. Menurut beliau, sistem penilaian...

CATEGORIES