Sunday, January 19, 2025
HomeLUAR NEGARAWanita Cemas Lif Terbuka Di Tingkat Kosong

Wanita Cemas Lif Terbuka Di Tingkat Kosong

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand berkongsi video seram memaparkan pintu lif dinaikinya terbuka sendiri di aras yang masih dalam pembinaan meskipun dia tidak menekan butang tingkat tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam video yang tular di platform TikTok, wanita tersebut dilihat terperangkap di dalam lif yang bergerak naik ke atas dan turun semula secara rawak.

Ia kemudian berhenti di tingkat 44 sebelum wanita itu menekan butang kecemasan untuk bercakap dengan juruselenggara lif.

Selepas menerima arahan daripada kakitangan tersebut, lif itu terus bergerak dan tiba-tiba berhenti di aras 58.

Sejurus pintu terbuka, wanita itu mendapati aras tersebut masih dalam proses pembinaan, membuatkan dia menangis ketakutan.

Dia ditenangkan oleh juruselenggara yang ketika itu bercakap dengannya menggunakan fungsi ‘intercom’ sambil pekerja itu mencari punca insiden tersebut.

Video yang dikongsikan itu menerima lebih 2.4 juta tontonan dengan ramai netizen berkongsi pengalaman seram masing-masing ketika menaiki lif.

“Perkara yang saya paling takut selain bangunan terbiar ialah lif hospital. Saya pernah menaiki (lif hospital) di mana ia berhenti di aras yang sudah tidak digunakan, namun mempunyai pengusung tanpa ada seorang pun manusia,” kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumlah Jemaah Terjejas Dalam Penipuan Umrah Hampir 1,000 Orang

0
PUTRAJAYA- Kira-kira 1,000 individu dilaporkan terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik syarikat umrah selain tidak mengetahui nasib mereka sama ada dapat menjejakkan kaki ke...

CATEGORIES