Wan Arif – Roy King Tak Bernasib Baik Di Madrid

0
128
Foto: Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Beregu negara  Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King terpaksa akur bergelar naib juara Sepanyol Masters selepas tewas kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani lewat malam tadi.

Tampil selaku pemain nombor 65 dunia, Wan Arif – Roy King memperagakan aksi bertenaga mencemaskan lawan yang berada di kedudukan ke-34 dunia.

Tewas 18-21 pada set pertama, beregu negara mengheret aksi ke set penentuan apabila bangkit pada set kedua 21-17.

Saingan sengit kedua-dua beregu berterusan pada set penentuan.

Namun selepas perlawanan berlarutan 52 minit, Wan Arif-Roy Yap terpaksa mengalah, tewas set penentuan 19-21.

Selaku naib juara pasangan negara membawa pulang USD7,980 manakala juara meraih USD16,590.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here