Tuesday, February 18, 2025
HomeLUAR NEGARAWabak Misteri Sebabkan Pesakit Bergoyang

Wabak Misteri Sebabkan Pesakit Bergoyang

KAMPALA – Sejenis penyakit misteri yang menyebabkan gejala badan menggigil tanpa kawalan merebak ke seluruh Uganda dalam kes yang membingungkan doktor-doktor negara itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyakit itu disebut oleh penduduk tempatan sebagai Dinga Dinga, yang diterjemahkan sebagai ‘bergegar seperti menari’.

Ia setakat ini menjangkiti kira-kira 300 orang, dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak perempuan, demikian menurut pegawai kesihatan.

Penyakit itu disahkan di daerah Bundibugyo serta menyebabkan pesakit mengalami demam dan gegaran badan yang berlebihan sehingga menyukarkan mereka untuk berjalan.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Kiyita Christopher memaklumkan media tempatan bahawa tiada kes direkodkan di kawasan berhampiran luar wilayah Bundibugyo. Tambahnya, sampel telah diserahkan kepada kementerian kesihatan untuk dianalisis.

Christopher juga memberi jaminan bahawa tiada kematian dilaporkan akibat penyakit itu, dan ia biasanya boleh dirawat dengan antibiotik.

“Kami menggunakan rawatan khusus dan pesakit biasanya pulih dalam masa seminggu.

“Saya menggesa penduduk tempatan supaya mendapatkan rawatan daripada fasiliti kesihatan dalam daerah ini,” jelasnya.

Tambah Christopher, penyakit misteri itu pertama kali dilaporkan pada awal 2023 dan ia masih dalam siasatan oleh makmal kesihatan.

Sementara itu, seorang bekas pesakit, Patience Katusiime berkata, badannya bergoyang tanpa kawalan walaupun berasa seperti lumpuh.

“Saya berasa lemah dan lumpuh, dengan badan saya menggigil secara tidak terkawal setiap kali saya cuba berjalan,” katanya.

Katusiime bagaimanapun sudah sembuh selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES