Vlogger AS Mengaku Tidak Mandi 3 Hari Ketika Melancong Di Malaysia

0
225

PETALING JAYA – Perkongsian dua orang vlogger berasal dari Amerika Syarikat yang mendedahkan mereka tidak mandi selama tiga hari ketika melancong di negara ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Melalui perkongsian di TikTok, vlogger tersebut memaklumkan dia dan pasangannya tidak mandi selama tiga hari ketika berada di utara negara menuju ke Pulau Langkawi.

Menurut wanita terbabit, mereka enggan mandi berikutan air di bilik hotel mereka kelihatan keruh dan keadaan bilik air juga tidak begitu memuaskan.

“Sudah tiga hari kami tidak mandi, tidak begitu teruk tetapi kami juga berpeluh dengan banyak selama tiga hari berturut-turut di Malaysia.

“Awak tak boleh beritahu saya yang air ini tidak kuning dan juga bilik air kami bocor. Itu bukanlah isu, cuma air mereka kuning,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut dengan tindakan vlogger tersebut memandangkan keadaan cuaca di negara ini yang panas.

“Jom tutup hidung dan bagi pandangan tajam kepada pelancong yang berbau, saya dah penat dengan bau badan mereka,” kata Hiro.

“Tak faham logik mereka, sanggup kotor daripada mandi dengan air yang tidak bersih yang mana sejujurnya tidaklah kotor, cuma keruh dan okey sahaja selagi awak tidak minum air itu. Kalau tak percaya, belilah air mineral. Alasan malas mandi,” kata Pettymint.

“Mungkin mereka dah biasa tak mandi semasa musim sejuk, tetapi Malaysia panas. Awak akan berpeluh dengan banyak, jadi macam mana bolej selesa tidak mandi selama tiga hari?,” soal Bella.

“Tak mandi dalam negara cuaca lembap? Dia tak tahu ke orang lain boleh bau badan dia?,” kata Vy.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 2 juta kali. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here