Uyaina Arshad Akhirnya Rasai Pengalaman Menyusu Badan, Anggap Nikmat Dari Allah

0
45
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – “Dapat memberi susu sendiri adalah rahmat terindah.”

Itu kegembiraan yang dikongsi pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad apabila dititipkan rezeki untuk menyusu badan atau breastfeed bayi keduanya ketika ini.

Perkara itu membuatkan Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, bersyukur kerana sebelum ini tidak dapat melakukan hal tersebut untuk anak pertamanya, Raja Urhan disebabkan mengalami masalah lidah pendek atau tongue tie.

“Alhamdulillah, syukur merasa breastfeed (menyusu badan) untuk anak kali ini.

“Pengalaman saya masa Urhan dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie.

“Jadi, apbila anak kedua ini dapat menyusu badan sepenuhnya, saya sangat-sangat bersyukur,” katanya dalam InstaStory.

Menerusi perkongsian sama, dia juga menyifatkan pengalaman seorang ibu yang dapat memberi susu sendiri adalah satu nikmat dari Allah SWT.

“Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar.

“Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa,” ujarnya.

Terdahulu, Uyaina selamat menimang cahaya mata kedua melalui proses pembedahan susulan mengalami masalah jantung pada 17 Mei lalu.

Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here