Ustazah Asma’ Reda Dikritik Kafe Rugi Kerana Tidak Mampu Urus

0
209
Foto: TheMalaysiaLife

PETALING JAYA – “Walau apa pun yang kalian katakan, saya tetap memaafkan, semoga saya juga dimaafkan”.

Demikian kata Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun susulan kritikan yang diterima berhubung penutupan kedai makan miliknya di Seremban, baru-baru ini.

“Kecaman, makian, hinaan, sangkaan buruk dan fitnah sudah menjadi kebiasaan sehingga pelaku tidak lagi rasa bersalah bahkan dibanggakan,” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu Asma’ memberitahu, dia terpaksa membuat keputusan tersebut apabila tidak mampu menanggung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan.

Ujarnya, walaupun kedainya baru beroperasi kurang tiga bulan itu terletak di kawasan strategik, harga kos bahan mentah yang semakin meningkat memaksanya untuk membuat keputusan demikian.

Sehubungan itu, rata-rata berpandangan bahawa kegagalan kedai makan tersebut bukan disebabkan kenaikan harga barang mentah, namun dipercayai berpunca akibat perkhidmatan dan servis yang kurang baik.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di laman web Google mendapati kedai makan tersebut hanya menerima skor 3.4 daripada pengunjung yang hadir.

“Terkejut sebab terpaksa makan dalam keadaan tak selesa (pedih mata, hidung dan tekak) sebab asap dari bahagian dapur masuk ke ruang makan,” kata Laily.

“Kami tunggu makanan hampir dua jam. Akhirnya, kami batalkan pesanan sebab tak mampu nak tunggu,” ujar Nor Humairaq Musa.

“Tidak disarankan langsung. Kedai selesa dan cantik tapi layanan sangat-sangat ‘slow’ (perlahan). Laksa masih ada bahagian yang keras dan murtabak sedap tapi kulit keras dan liat,” komen Fara.

“Makanan macam ‘ready to eat’ punya sahaja, dipanaskan dan dihidang. Servis teruk. Banyak menu habis. Pergi dua kali dengan keluarga. Ingatkan kali kedua dah okey tapi masih sama,” jelas Fuad. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here