KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2023 – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sekali lagi mengunjungi reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) setelah selesai Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium National Bukit Jalil hari ini.
YB Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri MOTAC dan YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC juga melawat reruai MOTAC seusai majlis.
Di atas usaha warga MOTAC yang bertugas, reruai MOTAC selama tiga hari program berlangsung menerima sambutan yang meriah dengan kunjungan lebih 12 ribu orang ramai.