‘Unfollow’ Instagram , Fify Azmi Akui Sudah Tidak Rapat Dengan Shazwan Zulkifly

0
42
Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pelakon Fify Azmi yang pernah digosip mempunyai hubungan istimewa bersama Syazwan Zulkifly mengaku sudah tidak akrab dan kurang berhubung dengan aktor itu.

Fify atau nama sebenar, Nur Afiqah Mohamed Azmi, 34, berkata mereka tidak bergaduh biarpun masing-masing tidak lagi mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram (IG).

“Saya rapat dengan Syazwan sebab kerap bertemu di lokasi penggambaran. Saya rasa cerita ini sudah lama sebab kali terakhir menjalani penggambaran dengan Syazwan, minggu lalu.

“Mungkin sudah tak perlu lagi untuk bercakap dengan Syazwan yang tiada kena-mengena. Tapi, bukanlah kami sedang bergaduh.

“Sebab tak bolehlah kalau saya hendak rapat dengan orang yang sudah berpunya, ini salah dan bukan jalan sepatutnya. Tapi, kami tetap berkawan dan lepak,” katanya ditemui pada sidang media filem terbaharunya, Padu di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Fify berkata, dia hanya akan berhubung dengan Syazwan sekiranya perkara itu benar-benar penting dan sehingga kini, masih berkawan seperti biasa.

“Saya sudah tak berhubung juga dengan Shazwan, kalau dia hubungi pun kadang-kadang saya tak angkat. Kalau ada perkara penting yang Shazwan mesej, saya jawab.

“Tapi, apapun Shazwan adalah kawan yang baik sebab pernah ajar saya berlakon. Kami pernah rapat sebagai kawan, tapi untuk lebih daripada itu mungkin tidak,” katanya.

Terdahulu, Fify pernah menjalin hubungan dengan pelakon Nafiez Zaidi dan mula rapat sejak membintangi filem Ada Hantu 2.

Hubungan mereka diketahui umum apabila keluarga Nafiez menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.

Bagaimanapun, hubungan cinta berakhir pada April 2023 biarpun sudah merancang berkahwin pada Disember tahun sama.

Selepas peristiwa itu, Fify yang juga bekas peserta program pencarian bakat, Dewi Remaja 2014/2015 dilihat mula rapat dengan Syazwan ketika terbabit dalam penggambaran drama.

Mengulas keterbukaannya kembali menjalin hubungan cinta, Fify memberitahu, buat masa ini, dia belum berfikir ke arah itu dan mohon mendoakannya.

“Saya tak adalah sampai hendak menutup pintu hati sebab itu nampak macam sudah putus asa. Saya sentiasa buka pintu hati, cuma masa sahaja tiada.

“Doakanlah saya untuk bertemu jodoh, cuma sekarang belum mencari lagi. Saya hanya jalani sahaja kehidupan tanpa perlu serabutkan fikiran. Saya perlu masa untuk sembuh, sekarang ini sudah okay.

“Sekarang ini tak ada dengan siapa-siapa. Kalau ada jodoh adalah. Saya tak ada masa dan tak fikir pun mengenainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fify membintangi filem Padu arahan Faisal Ishak bersama barisan pelakon seperti Thanuja Ananthan, Jojo Goh, Lim Mei Fen, Datin Seri Umie Aida dan ramai lagi.

Filem terbitan Global Station Sdn Bdn itu berkisar peristiwa sebenar daripada pengalaman pemain utama pasukan bola keranjang wanita negara dalam usaha meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here