Saturday, October 12, 2024
HomeBERITA'Ulat Parkir' Semakin Berani, Rosakkan Kenderaan Jika Enggan Bayar

‘Ulat Parkir’ Semakin Berani, Rosakkan Kenderaan Jika Enggan Bayar

PETALING JAYA – Selain memungut bayaran secara haram, ‘ulat parkir’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semakin berani bertindak mengugut serta merosakkan kenderaan sekiranya individu enggan membayar.

Perkara itu didedahkan seorang wanita yang juga mangsa apabila kereta miliknya yang diletakkan di kawasan sebuah bank di Bukit Bintang baru-baru ini didakwa dicalarkan ‘ulat parkir’.

Berdasarkan laporan Kosmo, menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di TikTok Bellerina, memaparkan kesan calar di bahagian sisi kiri dan kanan keretanya apabila dia enggan membuat bayaran parkir.

Katanya, sebelum itu, dia telah didekati seorang wanita yang dikenali sebagai ‘kak Ara’ meminta bayaran parkir sebanyak RM15 bagi setiap kereta.

“Dua wanita warga tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh memungut bayaran parkir tanpa lesen di kawasan Bukit Bintang.

“Jika enggan bayar, seorang wanita yang bernama ‘kak Ara’ ugut untuk melakukan sesuatu kepada kereta kami. Tengok kereta aku jadi apa,” katanya.

Justeru, atas nasihat orang ramai, wanita terbabit telah membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya berharap DBKL dapat memberikan kerjasama dan mengambil tindakan segera ke atas pelaku,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES