Ulat Bulu Laut Muncul Di Pantai Terengganu, Orang Ramai Diminta Berwaspada

0
50

KUALA NERUS – Orang ramai yang mengunjungi pesisir pantai di seluruh Terengganu pada musim tengkujuh ini disaran berhati-hati dengan kemunculan ulat bulu laut atau nama saintifiknya, Amphinome rostrata.

Ketua Unit Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Izwandy Idris berkata, haiwan marin yang juga dikenali sebagai cacing api tersebut boleh menyebabkan luka, bengkak dan alahan sekiranya dipegang.

Beliau berkata, seorang sukarelawan telah menemui dua ekor ulat bulu laut sewaktu melakukan pemantauan di tepi pantai berhampiran kampus UMT di sini semalam.

“Banyak organisma (termasuk ulat bulu laut) hanyut ke pantai akibat arus dan ombak kuat pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini.

“Amphinome rostrata (ulat bulu laut) mudah melekat pada benda hanyut seperti sisa kayu dan sampah laut lain,”
katanya di sini hari ini.

Izwandy berkata, ulat bulu laut tersebut merupakan salah satu spesies cacing laut namun menyerupai ulat bulu kerana mempunyai struktur bak kuku dipanggil chaetea pada badannya.

Jelas beliau, chaetae bersifat tajam namun rapuh serta mudah melekat ke kulit apabila disentuh.

“Ulat bulu laut ini juga mempunyai kelenjar berbisa yang boleh memasuki badan menerusi luka disebabkan tusukan chaetae,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here