Tuesday, December 10, 2024
HomeBERITAUiTM Berada Di Tangga Ke-98 Universiti Terbaik Asia

UiTM Berada Di Tangga Ke-98 Universiti Terbaik Asia

Shah Alam: Buat kali pertama dalam sejarah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapat kedudukan berprestij tersenarai dalam 100 universiti terbaik Asia dengan mencapai kedudukan ke-98 dalam Quacquarelli Symonds Asia University Rankings 2024 (QS AUR) yang diumumkan semalam.

Menurut Harian Metro, UiTM membuat lonjakan enam anak tangga dari kedudukan ke-104 pada tahun lalu dan kini berada pada kedudukan ke-9 di Malaysia.

Antara 11 indikator dalam QS AUR, UiTM mencapai peningkatan skor tertinggi untuk indikator Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, beliau amat bersyukur dengan keputusan cemerlang yang dicapai UiTM.

Menurutnya, pencapaian UiTM itu dianggap sebagai hadiah pertama selepas beliau dilantik Naib Canselor UiTM.

“Kejayaan besar ini juga adalah hasil usaha bekas Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

“Di bawah pimpinannya, UiTM mencapai tahap baharu yang dicerminkan melalui pengiktirafan ini. Saya berazam untuk menghormati dan memelihara warisan ini serta akan memastikan UiTM terus kekal merentasi puncak keunggulan dan kejayaan,” katanya.

Menurutnya, penarafan itu bukti bagi mencapai matlamat menjadikan UiTM universiti bertaraf global tanpa melupakan fungsi utamanya dalam mendidik bakat tempatan.

“Sebagai universiti terbesar di Malaysia, kami berbangga dengan kejayaan menyertai barisan 12 peratus universiti terbaik di Asia.

“Kami juga mengucapkan tahniah kepada lima institusi tempatan baharu yang tersenarai dalam QS AUR 2024 tahun ini,” katanya.

Pada tahun ini, QS AUR 2024 menyenaraikan sebanyak 857 institusi membabitkan 25 lokasi di Asia, iaitu peningkatan sebanyak 149 institusi berbanding tahun lalu, lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amir Ahnaf Menolak Gejala Buli

0
KECANGGIHAN teknologi pada hari ini membuatkan lebih ramai membuka mata mengenai gejala buli yang bukan sahaja berlaku di institusi pengajian tinggi, tetapi juga di...

CATEGORIES