Ugut Rogol, Pelajar Tingkatan Dua Dipanggil Beri Keterangan

0
84

SHAH ALAM, 18 Disember- Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ugutan rogol ke atas seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 14 tahun pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pelajar itu memaklumkan dia diugut rogol dan dipukul di bahagian dada oleh suspek yang dikenalinya itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis akan memanggil seorang pelajar tingkatan dua dari sekolah sama untuk direkodkan keterangan.

“Mangsa pada ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi kecederaan yang dialaminya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

“Jika sabit bersalah, suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan,”katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini tular di media sosial, seorang lelaki mendakwa anaknya diugut rogol oleh seorang pelajar lelaki dari sekolah yang sama.

Malah lelaki itu menyifatkan perkataan rogol dan bunuh bukan bahan gurauan atau ancaman di mana-mana tempat sekalipun termasuk di sekolah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here