Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAUgut Perdana Menteri Dan Hina Agong, Pemilik Media Sosial Ditahan Polis

Ugut Perdana Menteri Dan Hina Agong, Pemilik Media Sosial Ditahan Polis

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pemilik akaun TikTok yang melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu Kelantan.

Penahanan itu dilakukan selepas pemilik akaun @jaiadani89 sebelum ini memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadamkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek berusia 34 tahun itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kata beliau, kes masih di peringkat siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin mengesahkan seorang individu berusia 37 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Razarudin berkata, pengendali akaun facebook ‘Cik Mat Cik Po’ itu di tahan pada Ahad lalu di sekitar daerah Kota Bharu.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama empat hari bermula 27 November hingga 30 November ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana Raja dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,”jelasnya.

Razarudin turut mengingatkan orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama membabitkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES