Ugut Kenalan Perempuan Dengan Video Sedang Mandi, Dua Pelajar Lelaki Ditahan

0
248

KUANTAN, 22 Oktober- Polis mengesahkan penahanan dua orang pelajar lelaki dipercayai memiliki dan mengedar video seorang kenalan perempuan mereka yang sedang mandi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-duanya yang berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek ditahan semalam, selepas hadir memberi keterangan ekoran laporan polis yang dibuat remaja perempuan berusia 13 tahun itu, pada Jumaat lepas.

“Pengadu mendakwa salah seorang suspek telah memberitahu mempunyai video dirinya sedang mandi dan meminta bayaran RM50 jika mahu video tersebut.

Wan Mohd Zahari berkata, pengadu mendakwa video itu disebarkan oleh seorang lagi suspek.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana memiliki video lucah yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here