Tuesday, February 18, 2025
HomeSUKANUCL: Rekod Bersih Liverpool Lebur

UCL: Rekod Bersih Liverpool Lebur

EINDHOVEN – Pengendali Liverpool, Arne Slot menganggap kekalahan 2-3 kepada PSV Eindhoven, awal pagi semalam sebagai proses pembelajaran buat anak buahnya.

Walaupun tidak dapat mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, Slot yang menurunkan ramai pemain muda tetap gembira kerana mampu melunaskan matlamat asal pasukan.

Sekalipun perit untuk menerima kekalahan, Slot percaya ada perkara positif yang boleh diambil memandangkan The Reds ambil keputusan untuk merehatkan sembilan pemain utama

Pada aksi semalam, Federico Chiesa buat penampilan penuh buat kali pertama sejak Jun dan Jayden Danns pula muncul pemain termuda yang berada dalam kesebelasan utama The Reds di pentas Liga Juara-Juara.

“Seperti dijangka, perlawanan ini akan hasilkan banyak gol. Tetapi, pada akhirnya kami mengharunginya dengan baik terutama untuk melihat pemain muda beraksi.

“Kami menurunkan ramai pemain yang jarang bermain dalam tempoh enam ke tujuh bulan. Federico juga sentiasa berlari dan cuba melakukan tugasnya,” kata Slot.

Gol Liverpool dihasilkan oleh Cody Gakpo dan Harvey Elliott manakala jaringan tuan rumah dijaringkan Johan Bakayoko, Ismael Saibari serta Ricardo Pepi.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES