Monday, November 11, 2024
HomeSUKANUCL: Liverpool Kekalkan Rekod Sempurna, Tewaskan Leipzig 1-0

UCL: Liverpool Kekalkan Rekod Sempurna, Tewaskan Leipzig 1-0

LEIPZIG – Pengendali Liverpool, Arne Slot seperti tidak percaya apabila berjaya melakar sejarah selepas membantu pasukan menewaskan Red Bull Leipzig 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Darwin Nunez berjaya meledak gol tunggal sekali gus menyaksikan Liverpool menjadi kelab pertama menang enam aksi pertama di tempat lawan selain mendominasi 11 perlawanan daripada 12 aksi musim ini.

Kata Slot, pencapaian tersebut cukup membuatkan dirinya bangga terutama apabila berjaya menduduki carta teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selain berkongsi kedudukan terbaik bersama Aston Villa dalam saingan UCL.

“Saya rasa pemain layak untuk bangga dengan pencapaian ini kerana mereka berjaya melakar sejarah baharu meskipun kelab ini sememangnya kaya dengan tradisi selain diwakili oleh pemain-pemain hebat sebelum ini.

“Namun, kita masih lagi mampu untuk mencipta kejutan tapi harus diakui ini bukanlah perlawanan yang mudah. Pasukan lawan turut memiliki peluang tetapi kita masih mampu mendominasi dan bertahan untuk mengekalkan tiga mata berharga,” katanya.

Sementara itu, Slot mengesahkan pemain tengah, Curtis Jones direhatkan kerana mahu memastikan bintang muda itu cergas ketika bertemu Arsenal dalam perlawanan getir EPL di Stadium Emirates awal pagi Isnin nanti.

“Kita boleh lihat Jones adalah pemain paling menyerlah ketika bertemu Chelsea minggu lalu. Sudah tentu saya tidak mahu mengambil risiko menurunkannya pada perlawanan kali ini dan digantikan dengan Alexis Mac Allister,” katanya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES