Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANTunjuk Jari Tengah Dalam Filem Fanna Menjadi Isu

Tunjuk Jari Tengah Dalam Filem Fanna Menjadi Isu

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Fanna, Andy Liew tidak menganggap aksi tunjuk isyarat jari tengah yang dilihat berbaur lucah dilakukan pelakon utama, Fify Azmi, dalam versi asal naskhah berkenaan sebagai keterlaluan.

Sebaliknya, Andy menjelaskan, apa yang dilakukan Fify sebagai pendukung watak Fanna, adalah aksi spontan atau semula jadi apabila seseorang marah.

Bagaimanapun, Andy bersama penerbit, Jaguar Lim Films & Production akur apabila Lembaga Penapis Filem (LPF) mengarahkan agar isyarat tunjuk jari tengah yang berbaur lucah dalam beberapa babak filem itu, dikaburkan.

“Bagi saya, itu adalah aksi semula jadi ketika seseorang marah. Bagaimanapun, apabila pihak berwajib mahu mahu babak itu dikaburkan, saya tiada hak (untuk membantah).

“Apa yang saya mahu tunjukkan kepada penonton adalah kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi filem ini memaparkan watak ahli kongsi gelap,” katanya pada sidang media selepas sesi pratonton filem Fanna di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Berita Harian, filem Fanna membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme berkonsepkan mafia.

Kisah berkisar mengenai Fanna lakonan Fify, iaitu gadis penghidap kanser yang menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik diterajui Syafie Naswip, nyata Berita Harian.

Jelas Andy, apa yang ingin ditonjolkan adalah ekspresi sebenar ketika seseorang marah agar babak yang mahu ditonjolkan mampu memberi gambaran sebenar kepada penonton.

“Setiap perasaan dalam diri kita mendorong untuk melakukan sesuatu perkara. Begitu juga jika seseorang itu marah, pasti ada perkara yang dilakukan.

“Tetapi, kita tetap ada undang-undang daripada segi tayangan filem. Jika pihak berwajib mahu kaburkan babak itu, saya tidak ada hak.

“Tetapi, sekurang-kurangnya mereka hanya kaburkan sahaja. Jadi setiap penonton masih boleh menonton babak itu dan merasakan ia perkara ‘semulajadi’ yang seseorang lakukan ketika marah,” katanya.

Fify atau nama sebenar, Nur Afiqah Mohamed Azmi sedia menerima kritikan penonton berhubung isyarat lucah yang ditunjukkan dalam filem berkenaan.

Bekas peserta program pencarian bakat, Dewi Remaja 2014/2015 itu berkata, dia hanya menuruti kehendak pengarah demi menjayakan watak Fanna.

“Sebenarnya, saya fikir aksi tunjuk isyarat jari tengah itu pihak produksi akan buang. Ada beberapa kali jugalah aksi itu dipaparkan dalam filem ini.

“Aksi itu pengarah yang suruh buat. Saya pun terkejut tetapi tiada masalah untuk lakonkan sebab saya faham, ini filem.

“Perkara seperti ini tidak ada masalah. Cuma, bagi saya, kalau ia hanya dikaburkan, lebih baik tidak perlu ditayangkan terus. Buang sahaja babak itu,” katanya.

Mengulas mengenai penerimaan tawaran menjayakan filem Fanna, Fify berkata, ia memberi pengalaman baharu buatnya kerana pertama kali berlakon dalam filem yang mempunyai unsur romantik.

“Apabila dimaklumkan ini adalah filem aksi yang turut menyelitkan elemen romantik, saya fikir ia adalah cabaran baharu dalam karier lakonan ini.

“Sebelum ini, sudah ada beberapa filem aksi yang saya jayakan, tetapi untuk romantik, ini yang pertama,” katanya.

Filem Fanna mendapat sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Dana Kandungan Digital (DKD) untuk tujuan pembikinan.

Selain Fify dan Syafie, filem Fanna menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Sahronizam Noor, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.

Mula ditayangkan di pawagam tempatan sejak 28 September lalu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES