Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANTunai Umrah Pakai Bulu Mata Palsu, Netizen Kritik BCL

Tunai Umrah Pakai Bulu Mata Palsu, Netizen Kritik BCL

TINDAKAN penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) memakai bulu mata palsu sambung atau ‘eyelash extension’ ketika mengerjakan umrah mengundang kritikan netizen.

Rata-rata menyifatkan selebriti berusia 40 tahun itu tidak peka dengan hukum agama yang menyatakan pemakaian bulu mata palsu dilarang lebih-lebih lagi ketika beribadah.

Menurut Kosmo, BCL yang ke kota suci Mekah bersama suami, ibu dan anaknya berkongsi pelbagai momen istimewa termasuk di hadapan Kaabah dalam Instagramnya.

Namun, mata netizen lebih tertumpu kepada wajah pelantun lagu Cinta Sejati itu yang mengenakan bulu mata sambung sekali gus mempersoalkan status umrahnya.

“Solat sambil pakai ‘eyelash extension’? Pernah dengar ustazah kata tidak sah solat pakai semua itu lagi-lagi buat umrah. Jadi sia-sia pahala ibadah,” kata peminat.

“Maaf jika ada pakai ‘eyelash extension’ tolong dicabut ya. Peringatan buat kaum wanita,” ujar pengikut lain.

“‘Eyelash extension’ kenapa tidak dibuka? Tidak telus air. Fahami dan dalami asas hukum Islam,” jelas netizen lagi.

Bagaimanapun, penyanyi terbabit seolah-olah tidak peduli terhadap komen pengikut, sebaliknya terus aktif memuat naik aktiviti bersama keluarga.

Dalam masa sama, peminat turut mendoakan BCL agar terus berpakaian menutup aurat usai menyelesaikan ibadah umrah dan pulang ke tanah air kelak.

Pada malam terakhir 2023, BCL memulakan lembaran tahun baharu dengan menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Tiko Aryawarhana.

Bukan hanya berdua, puteranya, Noah Aidan Sinclair dan ibu tercinta, Emmy Muchlis turut berangkat ke Tanah Suci Mekah.

Pada 2 Disember lalu, BCL selamat mendirikan rumah tangga dengan Tiko yang juga seorang duda di sebuah resort di Bali selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.

Berdasarkan Kosmo, majlis perkahwinan mereka menjadi bahan bualan ramai terutama acara ‘after party’ yang dilihat kesemua tetamu dan pasangan pengantin menari ‘sakan’ selain mengenakan busana mencolok mata.

Sebelum itu, pelantun lagu Cinta Sejati terbabit bernikah dengan aktor Malaysia, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES