Wednesday, December 11, 2024
HomeBERITATun M Masih Dirawat Di IJN, Ucap Selamat Berpuasa

Tun M Masih Dirawat Di IJN, Ucap Selamat Berpuasa

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan yang dialami sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, kesihatan dirinya semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih doktor, jururawat dan kakitangan IJN.

“Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini adak ala saya dibenarkan pulang sekejap atau home leave oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.

“Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya serta Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) dan kesejahteraan kami berdua,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir dan isterinya turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini.

“Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam.

“Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah,” katanya.

Kredit : Harian Metro

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES