Thursday, April 25, 2024
HomeVIRALTular Pesohor Beijing Cuci, Lapah Aligator Untuk Dimasak

Tular Pesohor Beijing Cuci, Lapah Aligator Untuk Dimasak

BEIJING – Seorang pesohor media sosial di China menerima kecaman ramai selepas memuat naik video kontroversi memaparkan dia membunuh, membuang tulang dan memasak seekor aligator seberat 90 kilogram, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Chu Niang Xiao He yang mempunyai lebih 3.5 juta pengikut di platform Douyin baru-baru ini memuat naik video demonstrasi masakan aligator di rumahnya.

Menurut Kosmo, klip video tersebut pada awalnya menunjukkan Xiao He membasuh reptilia itu dalam bilik mandi menggunakan berus besar sambil mulutnya diikat bagi mengelakkan ia menggigit.

Video tersebut kemudian bertukar ngeri apabila Xiao He membunuh haiwan berkenaan sebelum menyiat kulit, mengeluarkan isi perut dan membuang tulang. Dia kemudian memasak daging haiwan itu dengan pelbagai cara.

Selepas menerima kecaman ramai, Xiao He mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa aligator tersebut dibiakkan untuk menghasilkan produk kulit. Ini bermaksud, reptilia itu sememangnya akan dibunuh untuk mengambil kulitnya.

Menurut Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar China, memasak daging buaya adalah diharamkan tanpa permit sah pihak berkuasa, lapor Kosmo.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES