Tular Dua Peniaga Bergaduh Rupanya Ahli Keluarga Sendiri

0
38
Foto: Kosmo

KLANG – Gara-gara laluan dihalang barangan menyebabkan dua buah keluarga bergaduh sesama sendiri ketika menjalankan perniagaan gerai di kawasan kompleks Sukan Pandamaran di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam, Ahad lalu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 44 saat memaparkan aksi pergaduhan sehingga menarik perhatian pengunjung di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner berkata,hasil siasatan mendapati semasa kejadian seorang wanita berusia 28 tahun bersama tiga ahli keluarganya telah membuka beberapa gerai di lokasi tersebut.

Katanya, terdapat laluan antara dua gerai tersebut telah dihalang dengan barangan ibu saudara wanita berkenaan.

“Ibu wanita itu kemudiannya menegur saudaranya sebelum berlaku pergaduhan mulut yang kemudiannya membawa kepada insiden tolak-menolak antara ahli keluarga.

“Pergaduhan tersebut kemudiannya telah dileraikan oleh ahli keluarga dan peniaga gerai berdekatan,” katanya hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya telah mengambil keterangan daripada enam individu berusia 16 hingga 51 tahun yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dan mendapati tiada sesiapa yang mengalami kecederaan.

Tambah Hoong Fong, kesemua yang terlibat telah berdamai secara baik dan tidak mahu meneruskan siasatan polis.

“Polis telah memberikan nasihat kepada mereka agar tidak mengulangi perkara yang sama.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat setempat,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here