Trend Bersenam Malam Jadi ‘Pembunuh Senyap’, Lawan Fitrah Badan

0
177
Foto: SOSCILI

PETALING JAYA – Trend bersenam pada waktu malam kini menjadi tular di laman sosial kerana dianggap melawan fitrah dan tidak sesuai untuk kesihatan badan sekiranya dilakukan dalam satu jangka masa yang panjang.

Menurut sebuah hantaran di aplikasi X, ada pengguna yang menggelar senaman pada waktu malam sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana amalan tersebut sebenarnya boleh memberikan tekanan pada badan.

“Bersenam pada waktu malam nampak sihat. Oleh itu, ramai yang ‘lenjan’ kerana beranggapan senaman tersebut baik untuk kesihatan.

“Bagaimanapun, diam-diam, ia boleh membawa mudarat pada badan,” katanya.

Tambahnya, waktu malam dicipta sebagai masa berehat bukannya untuk bersenam, bertepatan dengan apa yang dianjurkan dalam Islam.

“Islam sebagai cara hidup. Ikut fitrah manusia, insyaAllah ada manfaatnya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pendapat yang sama, lebih-lebih lagi setelah mendapati ramai yang meninggal dunia disebabkan bersukan pada waktu malam.

“Ramai yang meninggal masa main badminton selepas waktu kerja. Saya punya jurulatih pun pernah pesan, kalau penat kerja siang janganlah main badminton pada waktu malam,” kata seorang pengguna.

“Sepupu saya kena sakit jantung masa main bola pada waktu malam. Dia bukan perokok dan tidak obes. Lepas main bola, dia duduk dan tiba-tiba tumbang. Sampai hospital terus meninggal,” kata Reen.

“Setuju, sepatutnya malam rehat. Esok bangun awal untuk bersenam,” kata Adam.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 25,000 tanda suka dan lebih dua juta bacaan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here