Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITATrafik Makin Sesak Di Karak, Lebuh Raya Utara-Selatan

Trafik Makin Sesak Di Karak, Lebuh Raya Utara-Selatan

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan semakin sesak berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina.

Menerusi tinjauan Kosmo! di laman X Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Trafik, keadaan trafik dilihat semakin perlahan ekoran kejadian lori terbakar di Kilometer 30.3 arah timur (EB).

Menurutnya, trafik perlahan sepanjang 10.5 kilometer bermula dari Tol Gombak hingga ke KM30.3 dankerja-kerja pengalihan sedang dijalankan, namun lorong kiri dan lorong kecemasan masih ditutup.

Trafik juga dilaporkan sesak sepanjang 3.3 kilometer dari KM38.4 hingga KM41.7 (Genting Sempah – Bukit Tinggi) dan 5.4 kilometer dari KM43.6 hingga KM49.0 (Bukit Tinggi).

Sementara itu, dua kemalangan turut dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan sekali gus menyebabkan trafik perlahan.

Menurut info terkini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan pertama berlaku di KM151.5 arah Utara, dari Bukit Tambun (U) ke Juru, namun tiada lorong terhalang dan trafik terkawal.

Kemalangan kedua pula berlaku di KM213.1 arah Utara, dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, menyebabkan lorong kiri terhalang, namun trafik dilaporkan masih lancar.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES