PETALING JAYA – Platform kandungan media sosial popular, TikTok sedang menguji pelan langganan bulanan untuk pengalaman bebas iklan bagi pengguna aplikasi tersebut.
Menurut laporan media, pengguna boleh melanggan pelan berbayar berharga $4.99 (RM21.61) sebulan sekiranya ingin menggunakan aplikasi tersebut tanpa iklan.
TikTok juga dikatakan sedang menguji kesanggupan penggunanya untuk membayar harga premium bagi terus menggunakan aplikasi tersebut.
Namun, pengguna boleh terus menggunakan TikTok secara percuma bersama paparan iklan.
Bagaimanapun, buat masa ini, pelan langganan tersebut masih dalam fasa ujian dan ditawarkan secara terhad di Amerika Syarikat.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada TikTok mengenai pelan langganan tersebut.
Sumber: Kosmo