Thursday, April 25, 2024
HomeBERITATiga Premis Makanan Diarah Ditutup, Dapur Dipenuhi Najis Tikus

Tiga Premis Makanan Diarah Ditutup, Dapur Dipenuhi Najis Tikus

PETALING JAYA – Tiga premis diarahkan tutup, manakala 35 kompaun dikeluarkan menerusi Operasi Sepadu Bersih dilaksanakan petugas kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu negara, semalam.

Arahan penutupan premis dan kompaun yang dikenakan itu melibatkan pelbagai kesalahan antaranya premis kotor dan berbau busuk selain terdapat najis tikus.

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan, operasi dijalankan di Jalan Hujan Rahmat, Jalan Radin Bagus dan Jalan Radin Tengah (Parlimen Seputeh), GLo Damansara, Jalan Lang Kuning dan Viva Mall Damansara (Parlimen Segambut) serta Jalan Development, Jalan Metro Perdana (Parlimen Kepong) dengan kekuatan 23 anggota.

“Sejumlah 30 premis telah diperiksa dan hasilnya, tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan yang mana satu daripadanya di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan dua lagi mengikut UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

“Dalam masa sama, 35 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979,” menurut hantaran pada Facebook DBKL, malam tadi.

Sementara itu, kesalahan premis tersebut masih berkisar kepada pekerja tiada suntikan tifoid, premis kotor dan berbau busuk dengan pengendalian pembuangan sisa tidak teratur serta terdapat najis tikus di kawasan dapur.

“Kalau pemilik premis tak mahu berubah, gunakan hak anda sebagai pelanggan. Pastikan premis bersih pilihan anda. Jadi lebih peka mengenai hal kesihatan kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPT Beri Tajaan, Bantuan Pendidikan Buat Waris Anggota Terkorban

0
PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan beberapa insentif, sumbangan dan juga bantuan pembiayaian pendidikan kepada waris anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)...

CATEGORIES