Tuesday, February 18, 2025
HomeLUAR NEGARATiga Kereta ‘Ditelan’ Lubang Benam

Tiga Kereta ‘Ditelan’ Lubang Benam

LONDON – Tiga buah kereta ‘ditelan’ ke dalam sebuah lubang benam yang terbentuk di sebatang jalan di England, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kejadian berlaku di Broughton Road, bandar South Shields.

Menurut polis Northumbria, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sekitar pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) sejurus selepas menerima laporan jalan runtuh.

“Tiada kecederaan dilaporkan, tetapi beberapa keluarga yang tinggal berhampiran lubang benam itu dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kawasan itu ditutup sementara dan pasukan kecemasan turut hadir untuk membantu,” kata polis.

Syarikat pengendali air, Northumbrian Water berkata, runtuhan tersebut merosakkan saluran paip air menyebabkan pelanggan di pusat jagaan berdekatan terputus bekalan air.

“Pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca lubang benam itu,” tambah polis.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

EPL: Marmoush Mula Tunjuk Impak Hebat

0
MANCHESTER – Kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad malam kelmarin menyaksikan Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga...

CATEGORIES