Tiga Buruh Bangladesh Maut Tertimbus

0
100
Foto: Kosmo

MACHANG,3 November- Polis Macang mengesahkan kejadian tiga pekerja warganegara Bangladesh yang maut selepas dipercayai tertimbus tanah di Kampung Maka, Pulai Chondong, semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja pembinaan tapak bagi lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Adli Mat Daud berkata, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Kesemua mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dibawa ke Hospital Machang untuk proses selanjutnya,” katanya.

Menurut saksi, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kesemua mangsa disedari sudah tertimbus di dalam tanah sedalam 10 meter oleh tiga pekerja lain sebelum meminta bantuan penduduk kampung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here