“Tidak Salah Air Mata Terkena Jenazah, Perbetulkan Semula”

0
67
Foto: Suara.com

PETALING JAYA – Ramai sebelum ini keliru dengan sesetengah pendapat yang mengatakan air mata seseorang tidak boleh jatuh pada jenazah.

Bagaimanapun kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, perbuatan tersebut tidak salah atau haram kerana air mata bukan najis.

“Ada orang kata apabila mak atau ayah kita mati, kita tak boleh cium sampai jatuh air mata atas mayat, sebab apa?.

“Mung (awak) tanya orang yang bagitahu tulah bakpe (mengapa). Mung reka mana air mata tak boleh jatuh pada mayat?

“Tiada masalah, air mata kita najis ke? Bukan najis pun, jangan jatuh air kencing sudahlah terkena atas mayat,”katanya pada satu sesi kuliah di sebuah masjid baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, orang ramai diseru supaya merujuk kepada hadis Nabi sebagai rujukan tepat dan tidak mengambil pendapat daripada mana-mana individu.

“Ni duk ikut perkataan-perkataan mengarut, hadis Nabi tak ikut. Sebab itu kita jadi lagu ni (buat pendapat sendiri).

“Air mata tak boleh kena mayat, kucing hitam tak boleh langkah mayat nanti mayat bangun balik. Ini semua mengarut,”tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here