Thursday, December 12, 2024
HomeHIBURANTidak Dapat Jumpa Anak, Fizi Ali Ambil Tindakan Undang-Undang

Tidak Dapat Jumpa Anak, Fizi Ali Ambil Tindakan Undang-Undang

PETALING JAYA – Bagai tiada kesudahan, penyampai radio Fizi Ali memilih untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan kemelut membabitkan urusan penjagaan anak dengan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Berdasarkan Kosmo, kata Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin itu, dia masih tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya itu apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

“Seperti yang dijangka, panggilan telefon tidak diangkat, Whatsapp pula tidak dibalas.

“Lari la jauh mana boleh lari, tengok jauh mana boleh lari lagi, pusing selagi boleh pusing.

“Tarikh sudah dapat, kita akan selesaikan di tempat sepatutnya, sabar sikit lagi Daddy jumpa (Ameena), Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi ruangan komen mendapati, luahan Fizi ternyata mendapat pelbagai respons netizen yang rata-rata menyebelahi bekas isterinya.

Malah ramai menyifatkan lelaki berusia 34 tahun itu kuat meroyan selepas berkahwin baharu.

“kenapa ‘post’ untuk nampakkan buruk satu pihak? Patut selesaikan diam-diam. Sudah-sudahlah meroyan, lama-lama siapa mahu layan.” ujar netizen itu.

“Kenapa begitu perangai sejak Fizi kahwin (baru)? Nampak sangat cemburunya, cubalah santai sikit, asyik nak merentan saja,” komen seorang lagi netizen.

“Siapa sahaja tidak marah kalau kau asyik puji isteri baharu sahaja, macam tiada baik langsung bekas isteri kau, moga keturunan aku dijauhkan daripada lelaki spesis kau,” demikian perli pengguna media sosial lain.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada.

Menurut Kosmo, pada Jumaat lalu, penyampai radio berkenaan memuat naik hantaran dalam Instagram meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Wanita Hamil Cedera Di Perut, Kedai Dobi Terbakar

0
RAUB – Seorang wanita mengandung cedera ketika melarikan diri daripada kebakaran di sebuah kedai dobi di Taman Amanlina Lestari di sini malam tadi. Dalam kejadian...

CATEGORIES