“Tidak Boleh Lawan Cakap, Komen Sebab Suami Ada Ego”

0
79
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Sebaik sahaja habis tempoh berpantang selepas 53 hari melahirkan anak, seorang wanita terus diceraikan oleh suami.

Lebih malang, nasib yang menimpa ibu muda berusia 27 tahun itu, berlaku hanya disebabkan oleh hasutan daripada bapa mentuanya.

Menerusi kisah yang diceritakan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkenaan di Facebook Bersama Suzana Ghazali, penceraian berkenaan berlaku ekoran dia meminta tolong suami mengemaskan barang-barang untuk pindah berpantang di rumah ibunya sendiri.

Ini kerana menurut Suzana, wanita tersebut tidak selesa berpantang di ruang tamu di rumah mentua.

“Dia minta tolong suaminya kemaskan barang sebab nak pindah berpantang di rumah ibunya sendiri sebab di rumah mentua, dia ditempatkan di ruang tamu.

“Nak menyusu, nak mengurut tak selesa tapi suaminya bising merungut dan kemudiannya wanita berkenaan mempertikaikan tindakan si suami,” katanya.

Kejadian berkenaan menurut Suzana, disedari dan didengari oleh bapa mentua wanita berkenaan.

“Wanita berkenaan membalas kepada suami, ‘takkan minta tolong pun merungut’, dan ia didengari oleh bapa mentuanya yang sedang duduk di luar rumah.

“Bapa mentuanya itu datang menerpa kepada mereka berdua dan cakap, ‘perempuan macam ni tak payah dibuat isteri. Kau buang ja’,” cerita Suzana.

Menurut kliennya itu Suzana berkata, bapa mentua wanita tersebut menegaskan bahawa, isteri yang berani komen suami, tidak layak disimpan sebagai isteri.

“Malah menurut klien saya, bapa mentua menyatakan di depan dia, ibu mentua, ibu dan suami juga, tatkala dia dihantar pulang ke rumah ibunya pada hari kejadian, ‘Isteri tak boleh komen suami, tak boleh lawan cakap suami sebab suami ada ego.

“Tambah lelaki itu lagi (bapa mentua), kalau isteri berani komen suami, dah tak layak disimpan sebagai isteri lagi,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here