Wednesday, December 11, 2024
HomeHIBURANTiada Waktu Sesuai, Aedy Ashraf Simpan Dahulu Hasrat Melamar Amelia Henderson

Tiada Waktu Sesuai, Aedy Ashraf Simpan Dahulu Hasrat Melamar Amelia Henderson

PETALING JAYA – “Bukan kerana cantik semata-mata, saya jatuh cinta dengan Amelia kerana dia bijak dan sentiasa bersikap positif.

Itu pengakuan pelakon Aedy Ashraf mengenai belahan jiwanya yang juga aktres, Amelia Henderson.

Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, ketika ditemui Kosmo! Online berkata, apa yang lebih membuatkan dia terpikat dengan Amelia adalah kerana sikap wanita itu yang sangat komited.

“Saya tertarik dengan Amelia kerana dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak, komited dengan kerja dan pandai menguruskan hidupnya.

“Sebenarnya kami sangat rapat dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Bahkan dia juga penyokong terbesar saya. Perkara ini yang menjadikan saya lebih menghargainya,” Kata Aedy.

Berdasarkan Kosmo, ditanya mengenai hasrat membawa hubungan ke fasa lebih serius, Aedy berkata belum ada perancang melamar kekasihnya dalam masa terdekat memandangkan jadual kerja mereka sangat padat.

Bagaimanapun, Aedy sewaktu ditemui di majlis tayangan filem War On Terror: KL Anarki semalam memaklumkan sudah pun berjumpa dengan keluarga Amelia untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Tentang perancangan untuk berkahwin, kami tidak meletakkan sebarang tarikh atau sasaran sebab masing-masing sedang sibuk.

“Dia pula begitu komited dengan kerja sehingga saya sendiri terinspirasi dengannya. Kami berdua mempunyai fikiran yang sama.

“Saya pun sudah berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan dengan lebih dekat. Insya-Allah, kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah,” katanya.

Terdahulu, hubungan cinta antara dua selebriti popular itu bukan lagi rahsia selepas Aedy melamar Amelia secara terbuka untuk menjadi kekasihnya di sebuah festival makanan pada Mac 2022.

Menurut Kosmo, bagaimanapun, pada penghujung Julai 2022, Amelia dan Aedy memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah berakhir apabila masing-masing memuat naik status seakan sedang bersedih dan kecewa.

Namun, hubungan pasangan itu kembali bertaut apabila sekitar April tahun ini. Bahkan menerusi satu kenyataan kepada HibGlam, Aedy mengakui Amelia sangat istimewa dalam hidupnya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES