Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANTiada Lagi Kisah Cinta V BTS Dan Jennie Blackpink

Tiada Lagi Kisah Cinta V BTS Dan Jennie Blackpink

HANYA selepas beberapa bulan hubungan cinta pasangan selebriti terkenal dunia Jennie BLACKPINK dan V BTS diketahui umum, kini peminat dikejutkan dengan khabar lain.

Cinta V dan Jennie dikatakan telah terlerai. Ikatan cinta yang terjalin putus sebelum anggota BTS mengikuti latihan tentera.

Jika mengikut laporan media tempatan, pengumuman anggota BTS tidak terkecuali wajib mengikuti latihan tentera dibuat pada Oktober lalu.

Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas, seperti dipetik dari AllKPop.

Malah selama ini baik V mahupun Jennie tidak pernah mengesahkan secara langsung tentang hubungan mereka.

Pasangan itu sebaliknya sering dilihat bersama dan dirakamkan dalam keadaan mesra sehingga menimbulkan spekulasi percintaan mereka.

Ini termasuklah saat keduanya bercuti di Pulau Jeju dan Jennie telah menjemput V bersama beberapa rakan lain termasuk Park Seo Joon, Choi Woo Shik, dan Park Hyung Sik untuk sesi pra dengar single solo keduanya, You & Me.

V dan Jennie juga pernah dirakamkan lensa paparazi berpegangan tangan di Paris.

Pihak agensi BTS, Big Hit Music dan YG Entertainment juga tidak pernah memberi kenyataan rasmi berhubung isu percintaan dua artis idola ramai tersebut.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES