Tiada Lagi Gerai Singgang Kampung Baru, Tukar Lokasi Ke Medan Selera Titiwangsa

0
157

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak merobohkan deretan gerai singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru di sini, hari ini.

Kerja-kerja tersebut bermula pukul 9 pagi tadi membabitkan sebanyak 26 buah gerai makanan di laluan tersebut.

Difahamkan, seramai 26 penjaja gerai singgang itu akan berniaga di lokasi baharu di Medan Selera Singgang Madani@Batu Bata, Titiwangsa.

Terdahulu, DBKL menerusi kenyataannya memaklumkan, kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana hari ini.

Pihak DBKL sudah mengeluarkan notis pemakluman mengenai pengosongan tapak tersebut sejak Oktober lepas.

Menurut DBKL, notis itu mengkehendaki setiap penjaja mengosongkan tapak selewat-lewatnya pada 31 Disember lalu. Notis peringatan pula dikeluarkan pada awal bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here