Tiada Keperluan Bina Laluan Khas Motorsikal Dalam Bandar – Selangor

0
53
Foto: Astro Awani

SHAH ALAM- Kerajaan negeri tidak bercadang membina laluan khas motosikal di dalam bandar di negeri ini.

Exco Pelaburan dan Perdagangan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, Wilayah Ekonomi Baharu dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, keputusan tersebut dibuat kerana jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah terhad dari segi kawasan saiz lebar lorong dan jalan.

“Kerajaan negeri mengambil berat isu keselamatan pengguna jalan raya memandangkan pengunaan kenderaan bermotor dan aliran trafik yang sangat tinggi khususnya perbandaran yang terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan terhadap semua jenis kenderaan khususnya motosikal.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak bercadang untuk membina laluan motosikal sebagaimana laluan khas yang telah dibina di lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chua Wei Kiat (PH-Rawang) sama ada kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan laluan khas motor bagi memastikan keselamatan penunggang motosikal.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Law Teik mengesyorkan laluan khas dipanggil ‘blue lane’ seperti di Sao Paulo, Brazil berjaya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di kalangan penunggang motosikal.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here