Tuesday, December 10, 2024
HomeBERITAThailand Tiada Tabung Haji, Perlu Menabung Sendiri Untuk Ibadah Haji

Thailand Tiada Tabung Haji, Perlu Menabung Sendiri Untuk Ibadah Haji

BANGKOK: Kos mengerjakan ibadat haji pada tahun hadapan yang dijangka meningkat seperti tahun sebelumnya perlu diterima memandangkan situasi berkenaan tidak hanya memberi kesan kepada umat Islam di negara ini malah seluruh dunia.

Peningkatan tersebut yang dianggarkan mencecah sehingga 11 peratus seperti diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak dapat dielakkan berdasarkan situasi ekonomi semasa dunia, pasca Covid-19 serta peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak 15 peratus yang dilaksanakan Arab Saudi.

Ini bermakna, kos mengerjakan haji pada musim hadapan bagi seorang jemaah Muassasah akan menjadi sebanyak RM34,000 seorang berbanding RM30,850 pada tahun ini (2023) dan RM28,632 pada tahun sebelumnya (2022).

Negara jiran seperti Thailand dan Indonesia tidak terkecuali menerima kesan yang sama malah keadaan ini dijangka turut memberi kesan ke atas jumlah jemaah yang mendaftar untuk musim haji akan datang.

Menurutu Utusan, situasi ini diakui pengendali jemaah haji dan umrah Thailand, Suwandee Yusohhem yang memberitahu Bernama, peningkatan kos memungkinkan kuota haji yang diperuntukkan kepada jemaah Thailand tidak dapat dipenuhi.

Menurutnya, setakat ini seramai 4,000 orang mendaftar untuk musim haji 2024 dan hanya tinggal berbaki dua bulan sahaja lagi untuk pihaknya memenuhkan kuota sebanyak 13,000.

“Mungkin akibat peningkatan kos tidak ramai yang akan mendaftar dan saya jangka sehingga tamat tempoh itu, mungkin akan ada tambahan sekitar 1,000 jemaah sahaja.

“Kuota haji Thailand yang tidak dipenuhi sebelum Januari 2024 akan dipulangkan semula kepada Arab Saudi,” katanya.

Menurut Suwandee yang juga Pengarah Urusan Chana Travel and Tour pada musim haji tahun ini, agensi pengendali Thailand meletakkan pakej haji sekitar 275,000 baht seorang atau RM36,000 berbanding musim lalu iaitu kira-kira 235,309 baht atau RM31,000.

Tambahnya, antara faktor yang menyebabkan umat Islam di negara itu terpaksa menolak untuk mendaftar haji kerana mereka tidak mempunyai institusi seperti TH yang mana mereka perlu membuat tabungan sendiri.

Selain Malaysia, Indonesia turut mengamalkan pemberian Bantuan Kewangan Haji apabila rakyatnya hanya perlu membayar sebahagian daripada kos mengerjakan ibadat tersebut manakala selebihnya menerusi bantuan kerajaan.

Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan (PMK) Indonesia, Muhadjir Effendy sebelum ini berkata, kenaikan kos tersebut tidak dapat dielakkan berdasarkan situasi ekonomi semasa, lapor Utusan.

Manakala Direktur Penyelenggara Haji Luar Negeri, Kementerian Agama Indonesia Subhan Cholid berkata, pada musim haji tahun ini, jemaah di negara itu membayar Biaya Perjalanan Ibadah Haji (Bipih ) berjumlah 49.812 juta rupiah (RM14932.89).

Bipih adalah bayaran haji yang perlu dibayar oleh warganegara tersebut untuk menunaikan ibadah haji.

Sumber: Utusan Malaysia
MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amir Ahnaf Menolak Gejala Buli

0
KECANGGIHAN teknologi pada hari ini membuatkan lebih ramai membuka mata mengenai gejala buli yang bukan sahaja berlaku di institusi pengajian tinggi, tetapi juga di...

CATEGORIES