Thailand Berhenti Guna Vaksin AstraZenaca, Tidak Mahu Tanggung Risiko

0
63
Foto: Times of India

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam menyatakan bahawa pihaknya mengetahui tentang risiko darah beku akibat penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca sejak dari awal lagi, lapor akhbar The Nation semalam.

Menurut kementerian berkenaan, ia  juga tidak membeli  AstraZeneca tambahan selepas stok vaksin itu habis.

Sebelum ini, terdapat  perbicaraan mahkamah dilaporkan di United Kingdom (UK) mengenai kesan buruk suntikan vaksin itu yang didakwa mengakibatkan insiden pembekuan darah sehingga boleh membawa maut.

Walaupun AstraZeneca mempertikaikan dakwaan tersebut, pihaknya buat kali pertama mengaku dalam satu dokumen mahkamah bahawa vaksinnya berpotensi menyebabkan sindrom trombositopenia (TTS) atau pembekuan darah dalam beberapa kes terpencil.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Dr. Surachoke Tangwiwat berkata, AstraZeneca telah menyediakan maklumat mengenai kesan sampingan vaksinnya dalam  jurnal perubatan.

Pihak kementerian pula telah mengumpul data tentang kejadian buruk berkaitan penggunaan vaksin itu sebagai bukti, termasuk perbicaraan di mahkamah.

Surachoke berkata, apabila terdapat cadangan atau maklumat akademik, kementerian itu memasukkannya ke dalam garis panduan vaksin.

Sebagai contoh, apabila AstraZeneca memberikan data mengenai pembekuan darah dalam kumpulan umur yang lebih muda, pihak kementerian akan mengesyorkan vaksinasi tersebut diberikan hanya kepada individu berumur 30 tahun ke atas.

“Data mengenai insiden pembekuan darah telah didedahkan sejak vaksin ini digunakan dalam situasi kecemasan (pandemik). Syarikat itu sendiri telah menyampaikan maklumat ini kepada semua negara yang menggunakan vaksin tersebut termasuk Thailand.

“Vaksinasi datang dengan kesan sampingan yang perlu dipantau dan dilaporkan,” katanya. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here