Tuesday, December 10, 2024
HomeBERITATH Peruntuk RM29 Juta Untuk Bantu Golongan Memerlukan Melalui Program CSR Zakat

TH Peruntuk RM29 Juta Untuk Bantu Golongan Memerlukan Melalui Program CSR Zakat

SHAH ALAM- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) utama negara, antaranya Lembaga Tabung Haji (TH), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) terus komited dalam mendukung usaha kerajaan memperkasa ekonomi negara.

Sebagai memenuhi tanggungjawab dalam memangkin sektor ekonomi, syarikat GLIC yang terlibat melaksanakan pelbagai program dalam menyalurkan bantuan lebih teratur kepada golongan memerlukan, sekali gus mengukuhkan kelestarian impak sosial negara.

Menerusi pelaksanaan program GEAR-uP, inisiatif yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) itu adalah selaras dengan Ekonomi Madani.

TH telah berjaya melaksanakan 16 program utama bagi tahun 2024 yang telah memberi manfaat kepada lebih 500,000 penerima dengan dana agihan zakat melebihi RM29 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, inisiatif itu dilakukan melalui Program CSR Zakat TH bagi membantu golongan asnaf, B40 dan yang kurang berkemampuan meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurutnya, dana itu adalah zakat yang telah diserahkan semula menerusi konsep Zakat Wakalah kepada TH untuk diagihkan kepada golongan sasar yang layak.

“Program CSR Zakat TH merupakan sebuah inisiatif tahunan yang menonjolkan peranan TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang prihatin di Malaysia.

“Program ini berfungsi sebagai satu inisiatif kepada umat Islam dengan menggunakan dana zakat sebagai dana utama untuk menggerakkannya, yang mana setiap tahun, TH melunaskan tanggungjawab bagi pihak pendeposit dengan membuat bayaran zakat ke semua pusat zakat negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

“Zakat Wakalah yang diterima melalui pusat zakat negeri atau Majlis Agama Islam Negeri dijadikan sebagai sumber dana dalam pelaksanaan Program CSR Zakat TH,” katanya kepada Sinar Harian.

Syed Hamadah (kiri) turut turun padang menyerahkan sumbangan Zakat CSR TH_Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan OKU Wanita Muar, Johor.
Syed Hamadah (kiri) turut turun padang menyerahkan sumbangan Zakat CSR TH_Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan OKU Wanita Muar, Johor.

Tambah Syed Hamadah, sebanyak RM29.6 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program berkenaan sepanjang tahun 2024.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES