Teruja! Dikurniakan Cahaya Mata Walaupun Sudah Mencecah 80 Tahun

0
92
Foto: Berita Harian

KEPALA BATAS: TIDAK menyangka bakal diberikan rezeki anak walaupun sudah mencecah umur 80 tahun. “Memang tak sangka dapat anak dalam usia begini, tapi bukan sebab saya ‘kuat’, Allah SWT yang berkuasa. Lahirnya anak saya pun atas kurniaan dan kehendakNya,” katanya.

Pesara Felda, Yob Ahmad telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur itu hasil daripada perkahwinan kedua bersama isterinya Zaleha Zainul Abidin, 42 yang dilahirkan pada 31 Mei yang lalu.

Berkongsi kisahnya, Yob berkata, dia tidak terlalu memikirkan soal anak kerana sedar keadaan dirinya yang sudah lanjut usia malah sudah mempunyai empat anak hasil perkahwinan terdahulu.

“Saya berserah kepada Allah SWT kerana hanya mampu usaha, selebihnya kehendak Dia, kehendakNya kita tak ada daya nak halang.

“Tapi bila Allah SWT izinkan isteri mengandung sampai dapat anak, saya bersyukur sangat serta anggap satu rezeki.

“Saya cuma berharap anak membesar dengan sihat jadi insan yang solehah, itu saja” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Ditanya rahsianya kekal sihat, Yob berkata, dia jarang bersenam namun ada mengamalkan pengambilan herba.

“Itu saja, makan dan tidur pun tak sangat kerana pada malam hari pun, saya tak lena (tidur) sangat kerana lagi suka habiskan masa dengan berzikir,” katanya yang mempunyai tujuh cucu.

Sementara itu, isterinya, Zaleha berkata, dia dan suaminya tidak pernah membincangkan soal zuriat walaupun sudah 10 tahun berumah tangga.

Isteri Yob Ahmad juga tidak terlalu mengharap untuk mendapatkan cahaya mata disebabkan melihat faktor umurnya yang sudah lanjut.

Katanya, dia pernah hamil lima tahun lepas tetapi mengalami keguguran. Tapi, bila dapat tahu hamil waktu kandungan sudah mencapai 3 bulan saya seakan tidak percaya kerana ingatkan sudah menopaus.

“Saya ingatkan tak boleh mengandung lagi sampai nak berangan pun tak memikirkan soal umur, katanya.

Justeru, “ Bagi saya ini yang dinamakan rezeki, syukur sangat malah anak saya dan suami yang sudah besar pun teruja kerana sudah lama tak dapat adik,” katanya yang mempunyai tiga anak berumur 12,14 dan 16 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Terdahulu, melalui perkongsian di TikTok, Zaleha berkata, niatnya berkongsi sekadar dijadikan kenangan dan terkejut apabila videonya tular memandangkan tidak mempunyai ramai pengikut di platform berkenaan.

“Ramai yang beri komen positif, kebanyakannya daripada mereka yang belum ada anak malah ada juga kongsi kisah ibu mereka bersalin pada usia 50 an malahan kecaman juga saya turut terima daripada kalangan pengguna di TikTok yang mengecam ingatkan cucu tapi saya terima saja kerana selama ini hanya berserah kepada Allah SWT dalam soal rezeki.

“Setakat mana Allah SWT nak bagi, saya terima dan berharap perkongsian saya itu menyuntik semangat orang di luar sana supaya tidak berputus asa walaupun belum dikurniakan zuriat.

“Terima kasih kepada yang mendoakan dan berharap doa yang baik juga berbalik kepada mereka,” katanya yang masih berada di Hospital Kepala Batas, di sini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here