Teruja! Adik Merqeen Dapat 9A SPM 2023

0
75
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Pelakon Meerqeen meluahkan rasa gembira dan bangga apabila adiknya berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, kongsikan khabar baik itu menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam InstaStory.

9A, mantap. Tahniah adik,” katanya ringkas.

Berdasarkan keputusan tersebut adiknya, Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.

Antara subjek yang mendapat keputusan A Cemerlang dan A Cemerlang tinggi ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam dan Fizik.

Sementara subjek Kimia pula mendapat keputusan B+ Kepujian tertinggi. – KOSMO ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here