BEIJING – Sebilangan ibu bapa di China dilaporkan mengalami serangan jantung dan strok ketika membantu anak-anak mereka melakukan kerja rumah, terutamanya dalam subjek matematik, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Seorang ibu kepada dua anak yang dikenali sebagai Dong, 40, berkata, dia didiagnosis dengan pendarahan subarachnoid spontan, iaitu strok kecil yang berkemungkinan besar disebabkan oleh tekanan jangka panjang berterusan.
Dong dilaporkan mengalami sakit kepala dan muntah-muntah selepas membantu kerja rumah matematik anaknya.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital selepas keadaannya tidak bertambah baik setelah berbaring selama beberapa jam.
Pada 13 Januari lalu, seorang wanita berusia 37 tahun dari Lianyungang, mengalami tekanan darah tinggi selepas anaknya gagal memahami subjek matematik yang diajar.
Meskipun menerangkan berulang kali, anak mangsa masih tidak memahami subjek tersebut, menyebabkan wanita berkenaan berasa sakit dada dan sukar bernafas.
Kisah ibu bapa yang mengalami strok dan serangan jantung semasa membantu anak-anak mereka melakukan kerja rumah seolah-olah menjadi perkara biasa di China.
Pakar kesihatan menjelaskan bahawa wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan seperti itu kerana mereka berada dalam tekanan dan kegelisahan yang berterusan dengan kerja pejabat, kerja di rumah serta tekanan daripada pasangan. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Dating is a truly joyful experience. Sometimes we lose sight of this truth in our search for the right Online dating site