Tuesday, December 10, 2024
HomeVIRALTerpaksa Batal Sambutan 'Anniversary' Gara-Gara Tayar Kereta Ditoreh

Terpaksa Batal Sambutan ‘Anniversary’ Gara-Gara Tayar Kereta Ditoreh

BERA – Hajat seorang suami untuk meraikan ulang tahun perkahwinan bersama isteri tercinta semalam bagaikan ‘dirompak’ apabila duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk tujuan itu terpaksa digunakan untuk membeli dua biji tayar kereta selepas ditoreh individu tidak dikenali.

Menurut Kosmo, Saifulnizam Abd. Aziz, 34, berkata, dia terkilan apabila sebahagian duit sebanyak RM600 terpaksa dilaburkan ke tujuan lain angkara khianat.

Katanya, kejadian berlaku ketika isterinya meletakkan kereta di sebuah pasar raya di Triang pada Sabtu lalu untuk membeli barang pada pukul 6 petang.

“Apabila hendak balik, dia terkejut apabila mendapat dua tayar di depan dan belakang telah ditoreh. Dua buah kereta lagi menerima nasib sama.

“Penelitian rakaman litar tertutup (CCTV) di pasar raya itu menunjukkan suspek menaiki kereta Perodua Viva tetapi tidak nampak mukanya,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Saifulnizam, dalam keadaan sekarang di mana kos hidup meningkat dan ekonomi tidak menentu dia terpaksa pula mengeluarkan modal untuk membeli tayar baharu.

“Janganlah khianat orang macam ini. Bukan semua orang mampu tetapi saya terpaksa juga cari tayar baharu kalau kereta tidak jalan susahlah hendak cari rezeki,” katanya.

Tambahnya, dia juga me­nyambut ulang tahun perkahwinan dengan isterinya secara ala kadar sahaja.

“Saya telah membuat laporan polis kerana tidak mahu ia terjadi kepada orang lain,” katanya.

Melalui tinjauan Kosmo, sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, setakat ini pihaknya telah menerima empat laporan berkaitan kejadian yang sama di dua lokasi berbeza.

“Tiga laporan yang diterima berlaku di sebuah pasar raya terbabit, dan satu kejadian lagi di hadapan kedai dobi.

“Pemeriksaan pada tayar berkenaan mendapati ada kesan torehan pada bahagian tepi tayar dipercayai menggunakan objek tajam,” katanya.

Ujar Zulkiflee, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV untuk mengesan suspek dan mengenal pasti pemilik Pe­rodua Viva yang digunakan ketika kejadian.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amir Ahnaf Menolak Gejala Buli

0
KECANGGIHAN teknologi pada hari ini membuatkan lebih ramai membuka mata mengenai gejala buli yang bukan sahaja berlaku di institusi pengajian tinggi, tetapi juga di...

CATEGORIES