Wednesday, December 11, 2024
HomeHIBURANTerkesan Dengan Sindiran Orang, Tom Reda Dilabel Hodoh

Terkesan Dengan Sindiran Orang, Tom Reda Dilabel Hodoh

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tom, 37, reda dan menerima komen segelintir individu yang melabel dirinya hodoh biarpun jauh di sudut hati terkesan dengan sindiran negatif itu.

Lebih membuatkan Tom atau nama sebenar, Raja Farah Afzan Raja Ikram kecewa apabila mendapat tahu ada artis mengutuk dan menghina penampilannya ketika muncul pada musim ketiga program realiti, Famili Duo (FD3) terbitan TV3.

Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi Fuad Rahman, 44, itu memilih tidak memanjangkan isu berkenaan, biarpun pada awalnya meluahkan amarah dalam media sosial.

“Saya tahu daripada kawan-kawan artis sendiri. Tidak perlu saya sebut siapa orangnya kerana perkara ini sudah pun selesai… Dia sudah minta maaf.

“Tetapi dia tidak mengaku. Tidak mengapalah, saya sudah padam hantaran dalam media sosial. Biarlah, ketika itu saya sedikit emosi.

“Saya juga tidak mahu memperbesarkan isu ini. Masing-masing punya pendapat. Sudah hodoh, hendak buat macam mana,” katanya.

Tom memberitahu, apa yang membuatkan dirinya sedih perihal kecantikan dianggap isu sensitif bagi setiap wanita.

“Sebenarnya saya sedih. Tetapi, tidak mengapalah, hendak buat macam mana? Kecantikan ini semuanya pinjaman Tuhan.

“Saya bersemuka dengannya bertanya apakah dia mengata saya atau tidak? Tetapi, dia tidak mengaku.

“Namun, akhirnya, dia datang minta maaf. Dia beritahu bahawa dia tak cakap bukan-bukan mengenai saya, malah dia cakap, sayang saya sebagai seorang rakan.

“Saya sudah banyak kali berdepan perkara ini. Lagipun, kalau isu kecantikan, ia sensitif sikit untuk wanita,” katanya.

Sementara itu, Fuad, turut kesal dengan kecaman yang diberi kepada isterinya itu, lapor Berita Harian.

Fuad atau nama sebenar, Mohamed Fuad Abdul Rahman berkata, dia sentiasa menasihati Tom untuk berfikiran positif dan tidak perlu memikirkan hinaan dilemparkan dalam media sosial.

“Apabila saya lihat netizen komen kepada isteri, saya sebagai suami, geram. Tetapi kadang-kadang saya fikir balik, kalau tiada netizen, kita sebagai artis tidak ke mana-mana.

“Jadi, saya hanya fikir positif. Saya selalu nasihatkan Tom bersabar dan jangan fikir yang bukan-bukan sebab sekarang dia sedang mengandung,” katanya.

Baru-baru ini, Tom meluahkan rasa sedih dalam media sosial apabila menerima kritikan netizen yang menyifatkan dirinya tidak memiliki rupa paras cantik.

Menurut Berita Harian, penyanyi itu bagaimanapun memadam hantaran berkenaan kerana menganggap dirinya hanya bertindak kerana emosi berikutan hamil lima bulan.

Sumber: Berita Harian
MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES